Isnin, 27 September 2010

MAJLIS PENGANUGERAHAN SIJIL OLEH JPW NEGERI PERAK


Homestay Seri Meru ( HSM ) diberi peluang Oleh JPW Negeri Perak menyediakan tempat untuk kursus yang dijalankan.  Kalau dilihat betul-betul dalam foto di atas hanya terdapat seorang lelaki, di barisan belakang sebelah kanan. ( Hj Sidik dari HSM )

PENGHARGAAN DARIPADA JABATAN PEMBANGUNAN WANITA NEGERI PERAK

Sabtu, 3 Julai 2010

TEMU DUGA URUTAN TRADISIONAL DI HOMESTAY SERI MERU


HSM telah dipilih sebagai pusat temu duga untuk kursus I-Keunita ( urutan tradisional ) oleh Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Perak pada 3 Julai 2010 yang lalu.  Sambutannya amat baik. Tidak kurang daripada 35 calon telah ditemu duga.  Kursus ini akan dijalankan sepanjang Bulan Julai ini ( setiap hari Sabtu dan Ahad )  Selamat Berkursus !!

PUSAT KOMERSIAL 2B WAKTU MALAM

Perak Tecno Trade Center (PTTC) dapat dilihat dr halaman Pusat Komesrsial 2B
Suasana agak lengang, kaki bola tengah tengok Belanda kenakan Brazil

Rabu, 2 Jun 2010

PUSAT KOMERSIAL TAMAN MERU 2B


Antara pasar raya milik bumiputera yang terbesar di Ipoh
Beberapa restoran kegemaran yang terdapat di pusat komersial tersebut.  Antaranya Restoran Tomyam yang menjadi tumpuan ramai (hanya dibuka sebelah malam sahaja)
Pusat komersial ini hanya terletak 5 minit jalan kaki dari Homestay Seri Meru, boleh dilihat melalui tingkap.  Betul-betul di sebelah kanan homestay seperti dalam gambar di atas.
Suasana malam di Pusat Komersial Taman Meru 2B yang sentiasa hidup

Isnin, 24 Mei 2010

SEDIA MENERIMA TEMPAHAN ( JUN 2010)













Homestay Seri meru bersedia menerima tempahan mulai cuti sekolah ini, khusus untuk keluarga yang bercuti sambil menghadiri majlis perkahwinan saudara mara.

Isnin, 19 April 2010

SELAMAT DATANG KE SERI MERU HOMESTAY



Gambar terbaru 18/4/2010 (sedang diubahsuai)
SERI MERU HOMESTAY AKAN MULA BEROPERASI MULAI PERTENGAHAN BULAN MEI ( InsyaAllah). KINI SEDANG DALAM PENGUBAHSUAI BAGI MELENGKAPKAN DENGAN KEMUDAHAN ASAS SEPERTI LANTAI BERJUBIN,PENDIGIN HAWA, KATIL, SET SOFA, TV, DAN PELBAGAI KEMUDAHAN YANG PERLU BAGI KESELESAAN PENYEWA.
Satu unit rumah teres (  Lot tepi ) 2 tingkat dengan 3 bilik 2 bilik mandi. Mempunyai ruang meletak kenderaan yang luas. Sangat sesuai untuk penginapan keluarga.