Khamis, 18 Oktober 2012

PETA KE HOMESTAY SERI MERU, IPOH


KEPADA PELANGGAN KAMI YANG BUDIMAN
Dicadangkan sebelum tuan/puan ke HSM adalah lebih baik tuan/puan print dulu peta ini, sekurang-kurangnya dapat menjadi panduan kepada tuan/puan untuk ke HSM. Maklumlah ada antara pelanggan kami yang tidak pernah menjejakan kaki ke Ipoh khususnya ke kawasan Meru.  Kini kawasan Meru telah dibangunkan menjadi bandar baru yang begitu pesat membangun dengan pelbagai prasarana antaranya yang terkini ialah Terminal Bas yang serba moden, Mydin Hypermarket yang terbesar di Malaysia, pejabat-pejabat kerajaan.  Dalam pembinaan sekarang ialah Balai Bomba, Kolej Antarabangsa dan banyak lagi.  

PERINGATAN SEBELUM MENINGGALAKAN HSM
Diingatkan bahawa sebelum tuan puan meninggalkan HSM sila tuan puan pastikan bahawa tuan puan tidak meninggalkan barangan tuan puan, terutama barangan yang berharga. Terdapat banyak barang pelanggan yang tertinggal di HSM. Kami mohon maaf kerana tidak berupaya untuk memulangkan kepada tuan puan. Walau bagaimanapun kami akan menyimpan barangan tuan puan sehingga satu bulan. Kalau tidak dituntut terpaksalah kami lupuskan atau kami manfaatkan agar tidak membazir.

PETA DARI HOMESTAY SERI MERU KE LOST WORLD OF TAMBUN

Khamis, 4 Oktober 2012

SELAMAT BERGRADUAN - KONVOKESYEN PUSAT LATIHAN PERUBATAN ULU KINTA DAN UTP

Homestay Seri Meru mengucapakan tahniah dan dan selamat bergraduan kepada penyewa-penyewa yang menerima ijazah / diploma di Pusat Latihan Perubatan Ulu Kinta dan UTP pada bulan Oktober ini.